Dreams are the exclusive property of every human being and not owned by Mat Jenin alone. No one can deny the dream if it is undertaking. DREAMS + EFFORT = SOUL

Di Port Dickson ni, selain daripada pantai-pantainya yang sesuai untuk mandi manda, ada beberapa tempat yang boleh dilawati. Contohnya di M...

Muzium Tentera Darat

Di Port Dickson ni, selain daripada pantai-pantainya yang sesuai untuk mandi manda, ada beberapa tempat yang boleh dilawati. Contohnya di Muzium Tentera Darat, Ostrich Park dan beberapa tempat lagi contohnya Cendol Bakar dan Nasi Ayam Panggang. 



Saya nak bercerita tentang Muzium Tentera Darat. Kami memang suka melawat tempat seperti muzium untuk membiasakan anak-anak dengan jati diri rakyat negara ini. Saya cuma pernah baca menerusi internet tentang muzium inintapi tidaklah sampai teringin tapi apabila masuk sahaja di tempat letak kereta, hati saya bagai teruja apabila melihat 2 buah jet lama yang seperti tergantung hampir dengan parking tu. Anak-anak saya sangat teruja. Kami pun naik ke atas sebab muzium tu bermula di bahagian atas. Di pintu masuk, kami dihidangkan dengan permandangan meriam, gerabak keretapi, land rover, jip, helikopter, kereta kebal, kereta perisai dan macam-macam lagi peralatan dan aset ketenteraan. Memang betullah komen yang saya dengar, berada di muzium ini seperti berada dalam filem sejarah negara.

0 comments: