10BOOKAN

Dreams are the exclusive property of every human being and not owned by Mat Jenin alone. No one can deny the dream if it is undertaking. DREAMS + EFFORT = SOUL

  Selamat Tahun Baru 2018 semua. Hari ini saya tetap bekerja..kerja untuk negara. Saya berazam untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebanyak...

  1.  
  2. Selamat Tahun Baru 2018 semua. Hari ini saya tetap bekerja..kerja untuk negara. Saya berazam untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin dalam tahun ini. Hari ini saya belajar banyak perkara dalam mendalami ilmu blogger dan terjumpa dengan satu blog yang cukup informatif dan mudah untuk difahami iaitu blog Bicara Farah. Kalau kawan-kawan nak melawat, silakan KLIK DI SINI .
  3. Tujuan saya untuk kembali ke blog adalah menambah pengetahuan baru dan kemaskini semula apa yang dah berkarat.
  4. Di antara info yang saya sedang pelajari adalah bagaimana hendak membuat/design header pada blog. Nampak mudah tapi kalau takde basic, memang mencabar minda.
    1. Berikut merupakan kaedah untuk 
  5. Selain daripada itu, hari ini sya juga mencari maklumat berkenaan affliate program, pasif income dan bagaimana untuk menukar template blog yang sedia ada.
Menukar Template Blog

Di dalam blogspot, ada terdapat puluhan template sedia ada untuk kita sebagai pengguna menggunakannya namun kadangkala kita menjadi buntu apabila template tersebut tidak menepati citarasa atau apa yang kita mahukan dalam sesebuah template. Oleh yang demikian, kita boleh saja Google dan taip blogspot free template. 

Pengacara Top memang mendapat sambutan. Kelibat mereka selalu diperhatikan dan mereka menjadi tumpuan sesuatu acara. Berikut disenaraikan pe...

Pengacara Top memang mendapat sambutan. Kelibat mereka selalu diperhatikan dan mereka menjadi tumpuan sesuatu acara. Berikut disenaraikan pengacara yang top meletup-letup di Malaysia.
Klik DI SINI

Generasi terkini mungkin jarang mendengar kisah dari seorang Dia ni... aku dibesarkan dengan lagu-lagu dendangannya. walaupun dia dan kumpu...

Generasi terkini mungkin jarang mendengar kisah dari seorang Dia ni...
aku dibesarkan dengan lagu-lagu dendangannya. walaupun dia dan kumpulannya telah popular sebelum aku dilahirkan. 

Suka sangat mengopi

Suka sangat mengopi

Penulis balik kerja hari ini dengan perasaan berkobar-kobar. Kerja hari Khamis memang terkejar-kejar sikit sebab masanya pendek. Semasa sa...

Penulis balik kerja hari ini dengan perasaan berkobar-kobar. Kerja hari Khamis memang terkejar-kejar sikit sebab masanya pendek.
Semasa sampai di rumah dan rehat sebentar, terus suruh anak buka lampu akuarium ikan kesayangan...kenapa ikan penulis yang perut besar tu dah kempis perutnya?
Rupanya ada anak kecil....bukan seekor tapi 4 ekor....hati punyalah berbunga-bunga. Ada anak baru!
Gambar-gambar di bawah adalah gambar anak kecil tersebut...enjoy!

Perkongsian hari ini adalah tentang kebaikan memberi makan kepada orang. Hati ini amat gembira apabila melihat kegembiraan di wajah mereka y...

Perkongsian hari ini adalah tentang kebaikan memberi makan kepada orang. Hati ini amat gembira apabila melihat kegembiraan di wajah mereka yang makan. Walaupun tidak seberapa, namun ia cukup mendamaikan. Biarlah apa pandangan orang lain, namun niat kita mestilah baik dan jujur. Memberi makan orang lain adalah amal sosial yang mulia. Mengenyangkan orang lain merupakan amal yang sangat dianjurkan Islam.



“Siapa pun Mukmin memberi makan Mukmin yang kelaparan, pada hari Kiamat nanti Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga. Siapa pun mukmin yang memberi minum Mukmin yang kehausan, pada hari Kiamat nanti Allah akan memberinya minum dari minuman syurga. Siapa pun Mukmin yang memberi pakaian Mukmin lainnya supaya tidak telanjang, pada hari Kiamat nanti Allah akan memberinya pakaian dari perhiasan syurga.” (HR Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan bahwa orang yang gemar memberi makan orang lain disediakan baginya pintu khusus di syurga yang tidak ada yang boleh memasukinya selain dirinya dan semisal dengannya (HR Thabrani).

Memberi makan orang yang kelaparan termasuk amalan yang dapat menghapus dosa-dosa, mengundang turunnya rahmat, dan menyebabkan diterimanya taubat. Ia juga mencukupkan diri dengan ritual-ritual yang bersifat individual belum cukup.



Pakej KFC ni memang berbaloi...hari ni beli pakej Bucket A Combo dan Bucket C Combo. Tak ada add on pun...Alhamdulillah, Biro Sukan dan Rekreasi dapat menghabiskannya dengan jayanya dan bukan itu saja, dapat jemput lagi rakan-rakan lain untuk sama-sama menikmati. Lebih dari cukup. Itu kan lebih indah.

Sikit, cara sikit...banyak, cara banyak..

Biasa lah tu.... Ayat yang selalu kita dengar bila berhadapan dengan situasi yang kerap terjadi dalam kehidupan. Namun kadang-kadang, perka...

Biasa lah tu....
Ayat yang selalu kita dengar bila berhadapan dengan situasi yang kerap terjadi dalam kehidupan. Namun kadang-kadang, perkara yang penting seperti hilang kunci kereta, terlupa ambil anak balik dari sekolahdan sebagainya pun dianggap biasa dan ayat "biasalah tu" pun timbul.
Jadi kita tengok di sini, apa yang biasa dan apa yang tidak biasa supaya boleh dijadikan pedoman. Dulu isu viral adalah sesuatu yang getir namun kini, isu viral menjadi bahan ketawa kepada mereka yang membaca atau mengetahuinya tanpa kita fikirkan bahawa ia sebenarnya sangat getir.
Macam-macam dunia sekarang.

Assalamualaikum. Saya kembali untuk kebaikan. Nak share apa yg saya belajar setiap hari agar menjadi panduan dan iktibar kepada semua.

Assalamualaikum. Saya kembali untuk kebaikan. Nak share apa yg saya belajar setiap hari agar menjadi panduan dan iktibar kepada semua.

Bila lama sangat tak jumpa, maka yang biasa kita buat hari-hari pun boleh jadi lupa. Macam tu juga la dengan update blog ni. Jadi mulai hari...

Bila lama sangat tak jumpa, maka yang biasa kita buat hari-hari pun boleh jadi lupa. Macam tu juga la dengan update blog ni. Jadi mulai hari ini, saya akan kembali update blog dengan info baru dan berkait dengan dunia hari ini.

Di Port Dickson ni, selain daripada pantai-pantainya yang sesuai untuk mandi manda, ada beberapa tempat yang boleh dilawati. Contohnya di M...

Di Port Dickson ni, selain daripada pantai-pantainya yang sesuai untuk mandi manda, ada beberapa tempat yang boleh dilawati. Contohnya di Muzium Tentera Darat, Ostrich Park dan beberapa tempat lagi contohnya Cendol Bakar dan Nasi Ayam Panggang. 



Saya nak bercerita tentang Muzium Tentera Darat. Kami memang suka melawat tempat seperti muzium untuk membiasakan anak-anak dengan jati diri rakyat negara ini. Saya cuma pernah baca menerusi internet tentang muzium inintapi tidaklah sampai teringin tapi apabila masuk sahaja di tempat letak kereta, hati saya bagai teruja apabila melihat 2 buah jet lama yang seperti tergantung hampir dengan parking tu. Anak-anak saya sangat teruja. Kami pun naik ke atas sebab muzium tu bermula di bahagian atas. Di pintu masuk, kami dihidangkan dengan permandangan meriam, gerabak keretapi, land rover, jip, helikopter, kereta kebal, kereta perisai dan macam-macam lagi peralatan dan aset ketenteraan. Memang betullah komen yang saya dengar, berada di muzium ini seperti berada dalam filem sejarah negara.

Sambungan percutian di PD sempena cuti hari kebangsaan baru-baru ni. Malam tu kami tak rancang untuk makan di mana-mana tapi setelah berpus...

Sambungan percutian di PD sempena cuti hari kebangsaan baru-baru ni. Malam tu kami tak rancang untuk makan di mana-mana tapi setelah berpusing-pusing sekitar PD ni maka kami putuskan untuk makan ikan bakar di bandar ni. Maka misi mencari tempat berkaitan bermula. Semasa melalui beberapa tempat di sekitar teluk kemang, namun tiada satu pun yang lekat di hati sehinggalah kami terpandang papan tanda Medan Ikan Bakar MPPD. Setelah tiba, lokasi ok, parking ok dan memuaskan hati, lalu kami memilih salah satu gerai yang ada. Agak ramai orang pada masa tu jadi tempat makan pun agak terhad. Kesimpulannya makanan sederhana sedap, tempat terhad, lokasi dekat, servis lambat dan kurang memuaskan serta harga...memang mahal. 


 
Not recommended at all. Malam tu pulang ke hotel dengan perasaan terkejut.